Tatakelakuan DuPont

KOMUNITI KAMI

Perlindungan Alam Sekitar

Misi kami adalah pertumbuhan kemampanan—mencipta nilai untuk masyarakat dan pemegang saham sambil mengurangkan jejak alam sekitar kami. 

Tiap-tiap seorang daripada kami mempunyai peranan untuk dimainkan dalam melindungi alam sekitar. Pihak pengurusan menyediakan latihan dan sumber untuk membantu pekerja memahami dan mematuhi undang-undang alam sekitar serta Komitmen Alam Sekitar, Kesihatan, & Perlindungan DuPont. Kami semua mesti:

  • Ikuti dasar, piawaian, dan tatacara alam sekitar.
  • Jalankan perniagaan dengan berhati-hati dan menghormati alam sekitar.
  • Patuhi undang-undang dan peraturan alam sekitar yang berkenaan.

Ketahui Lebih Lanjut

Komuniti Kami

Keselamatan dan Kualiti Produk