Tatakelakuan DuPont (Kod) adalah berdasarkan nilai teras kami. Ia menetapkan peraturan yang jelas tentang bagaimana kami bekerja dengan pelanggan, pembekal, rakan perniagaan, pemegang saham, komuniti, dan antara satu sama lain. Kod ini ialah sumber yang membantu anda membuat keputusan yang mencerminkan nilai DuPont dan melindungi reputasi kami.
Di DuPont, kami komited untuk beroperasi secara beretika dalam setiap perkara yang kami lakukan. Ini termasuk mengikuti semua undang-undang, peraturan, Kod, dan dasar syarikat. Melanggar undang-undang, Kod, atau dasar syarikat—atau menyembunyikan pelanggaran—adalah bertentangan dengan nilai kami dan tidak boleh diterima.
Kod ini membantu memastikan kami mengurus peraturan kami dengan konsisten dan adil. Ia menyokong kepentingan terbaik pekerja dan pihak berkepentingan serta dilaksanakan dengan bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, ianya bukan kontrak atau janji untuk pekerjaan berterusan.
Syarikat boleh mengemas kini Kod ini apabila perlu. Jika mana-mana bahagian Kod ini konflik dengan undang-undang atau perjanjian kesatuan sekerja, undang-undang atau perjanjian tersebut akan diguna pakai sebagai gantinya.
974 Centre Rd | Wilmington, DE 19805