Tatakelakuan DuPont

PASUKAN GLOBAL KAMI

Maklumat Privasi dan Peribadi

DuPont memaklumkan kepada pekerja dan pihak lain tentang maklumat peribadi yang dikumpulkan serta cara penggunaannya. Pekerja mesti mengikuti dasar syarikat dan undang-undang privasi yang berkenaan untuk melindungi maklumat ini, seperti yang digariskan dalam Dasar Privasi Maklumat Global kami. Pengurus tempatan memastikan tatacara perniagaan sejajar dengan dasar dan undang-undang tempatan.

Menggunakan Aset Syarikat untuk Tujuan Peribadi

Kemudahan, peralatan, dan perkhidmatan syarikat, seperti pejabat, telefon, dan sistem komputer, adalah terutamanya untuk kegunaan perniagaan. Tiada seorang pun sepatutnya mengharapkan privasi apabila menggunakan sumber ini. 

DuPont berhak untuk mengakses, memantau, dan memeriksa harta serta komunikasi syarikat. Sebarang maklumat yang kami akses mungkin juga akan dikongsi dengan pihak berkuasa perundangan apabila diperlukan (tertakluk kepada undang-undang yang berkenaan). 

Ketahui Lebih Lanjut

Menghormati Orang Lain

Keselamatan dan Kesihatan