Tatakelakuan DuPont

PASUKAN GLOBAL KAMI

Menghormati Orang Lain

Di DuPont, kami berdedikasi untuk memupuk tempat kerja di mana semua orang dilayan dengan maruah dan rasa hormat. Komitmen kami terhadap kerangkuman termasuk memastikan peluang yang sama rata, melarang gangguan, dan mengekalkan suasana tempat kerja yang bebas daripada keganasan atau ancaman. 

Peluang Sama Rata

Peluang Sama Rata

Kami memastikan layanan yang adil dalam pengambilan pekerja, kenaikan pangkat, gaji, dan latihan. Kami tidak mendiskriminasi berdasarkan ciri-ciri peribadi seperti umur, bangsa, agama, warna kulit, jantina, ketidakupayaan, asal negara atau etnik, keturunan, status perkahwinan, status keluarga, orientasi seksual, identiti atau ekspresi jantina, atau status veteran. DuPont mematuhi semua undang-undang yang melindungi individu daripada diskriminasi.

Tempat Kerja Bebas Gangguan

Tempat Kerja Bebas Gangguan

Gangguan dalam bentuk apa pun adalah tidak boleh diterima. Contoh ini termasuklah komen yang berasaskan kebencian, sentuhan fizikal yang tidak disenangi, permintaan untuk keistimewaan seksual, serta penyalahgunaan sistem syarikat untuk mengakses bahan yang menyinggung perasaan atau tidak sesuai. Laporkan gangguan kepada Jabatan Sumber Manusia atau Hotline Etika.

Keganasan Tempat Kerja

Keganasan Tempat Kerja

Kami komited untuk suasana tempat kerja yang bebas dari keganasan, termasuk ancaman, intimidasi, atau kecederaan fizikal. Kami mengharapkan mereka yang terlibat dalam konflik atau perselisihan dapat menyelesaikannya dengan penuh hormat. Sesiapa yang mengalami atau menyaksikan tingkah laku ganas harus melaporkannya kepada pihak berkuasa tempatan, keselamatan tapak, hotline Etika, penyelia atau pengurus mereka, dan/atau Sumber Manusia. Mereka yang melanggar Pelanggar akan mengehadapi akibatnya.

Pasukan Global Kami

Maklumat Privasi dan Peribadi